Sunday, May 16, 2010
Monday, April 26, 2010
Tuesday, April 20, 2010
~ Bersyukurlah Dengan Ni'mat Iman Dan Islam ~
BismilahiRahmaniRahim..
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.Alhamdulilah..Segala Puji bagi Allah yang Maha Berkuasa dan menjadikan sesuatu mengikut kehendaknya.Adakah kita sedar atau pernah terfikir, bahawa ni'mat IMAN dan ISlAM itu merupakan Ni'mat yang paling besar dalam kehidupan kita.
Bayangkanlah jika kita tidak dikurniakan ni'mat Iman dan Islam, apakah yang kita sedang lakukan? bagaimana akhlak kita? Apakah yang menjadi minuman dan makanan kegemaran kita. Semestinya kita berperangai buruk dan tidak senonoh dan dihina oleh masyarakat.(Nauzubillah..) Sesungguhnya Islam menjadikan kita mulia dan tinggi darjatnya berbanding dengan orang kafir.Firman Allah S.W.T dari KalamNya yang mulia;
Demi Masa!Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian,Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh (Surah Al-Asr)
Iman ialah setiap apa yang dii'tikoq , apa yang dilafazkan dan apa yang kita lakukan, semuanya kita sandarkan, bahawa Tiada Tuhan yang Disembah selain Allah dan Nabi Muhammad S.A.W itu Pesuruh Allah selain beramal dengan Rukun Islam dan Rukun Iman
Dari Al-Hadis: " Iman itu ialah engkau beriman kepada Allah, Malaikat-malaikatnya,Kitab-kitabnya,Rasul-rasulnya,serta Hari Akhirat;dan engkau beriman kepada takdir ( yang ditentukan oleh Allah )- Baiknya dan buruknya..."
Iman tersebut mestilah yang betul-betul kita iktiqad dan beriman, bukan kerana ikut-ikutan atau iman tradisi atau warisan dari ibu dan ayah kita atau nenek moyang kita yang memang menganuti agama Islam.
Manakala Islam pula berasal dari perkataan salama Islam ada yang bermaksud selamat dan sejahtera. agama paling tenang, aman, sejahtera serta diredhai Allah.Firman Allah S.W.T;
"Sesungguhnya agama diredhai Allah ialah agama Islam"
"Islam adalah yang agama paling mulia, dan tidak ada agama yang lebih mulia selainnya.."
Oleh itu, marilah kita sama-sama bersyukur dengan Iman yang kita pegang selama ini dan Islam yang kita amalkan dalam kehidupan seharian kita. Peliharalah dan sayangilah ia seperti mana kita menjaga diri kita.Tanpanya siapalah kita, hamba yang hina lagi dhoif.Dan berdoalah moga Iman yang kita dan Islam yang kita anuti ini akan kekal selama-lamanya..Ameen

( Riwayat Muslim )

Thursday, April 8, 2010
Salam Pembuka Bicara...
Alhamdulilah..Setinggi-tinggi kesyukuran kupanjatkan pada Al-Khalid yang mengerakkan hatiku untuk mencoret di dalam laman ini.Insya'Allah akanku jadikannya sebaik-baik medan untukku berdakwah dan berkongsi ilmu walaupun diriku bukanlah ahli ulama yang teragung, tetapiku cuba berusaha utuk melengkapkan diri dengan ilmu supaya diri ini lebih menghampiri yang Maha Esa.Diharap pembaca sekalian juga begitu.Moga kita semua mendapat Hidayah-Nya..
Subscribe to:
Posts (Atom)